Showing posts with label Kongsi2 Info. Show all posts
Showing posts with label Kongsi2 Info. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Siri Animasi Popular Tempatan Upin & Ipin Bakal ke Saluran Disney


 

Sumber: BERITA HARIAN, 28 Sept 2009
Oleh Rozdan Mazalan


WALAUPUN menghadapi risiko daripada lanun cetak rompak, ia tidak menghalang Les’Copaque Production Sdn Bhd untuk memasarkan filem animasi terbitannya, Geng: Pengembaraan Bermula dalam medium cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kerana yakin peminat setia karektor watak berkembar Upin & Ipin dengan mendapatkan produk asli sebagai tanda sokongan.

Sokongan padu daripada peminat itu terbukti apabila CD dan DVD filem itu sudah dijual lebih 60,000 unit sejak ia dipasarkan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri menyebabkan syarikat penerbitan ini terpaksa membuat cetakan sebanyak 70,000 unit lagi.

Pengarah Urusan Les’Copaque Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencetak dan menjual secara haram memang tidak dapat dielakkan tetapi ia hanya memberi kesan minimum.

“Sejak CD dan DVD Geng: Pengembaraan Bermula yang tulen mula dicetak dan dipasarkan, pada masa kita juga sudah menyedari memang ada banyak CD dan DVD cetak rompak di pasaran.

“Memang kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk menghalang kegiatan haram itu. Namun, saya amat berterima kasih kepada peminat setia filem ini kerana terus menyokong industri filem kita dengan mendapatkan CD dan DVD yang tulen kerana kualitinya lebih baik dan terjamin," katanya yang dihubungi Hip baru-baru ini.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula yang ditayangkan pada Februari lalu mendapat sambutan amat memberangsangkan sehingga mencatatkan kutipan kasar lebih RM6 juta.

Buhanuddin juga memaklumkan filem Geng kini sedang ditayangkan di 40 pawagam di Jakarta dan Bandung, Indonesia sejak dua minggu sebelum Aidilfitri lalu dan menerima sambutan di luar jangkaan.

"Apa yang dimaklumkan kepada saya lebih 1,000 penonton membanjiri semua pawagam setiap hari untuk menonton filem ini yang ditayangkan lima hingga enam kali sehari, Mengikut perjanjian, filem ini akan ditayangkan selama sebulan di sana," katanya.

Tambah Burhanuddin lagi, sejak filem itu ditayangkan di Indonesia, karektor Upin & Ipin mula mendapat tarikan bukan saja daripada kanak-kanak di sana malah peminat daripada pelbagai peringkat usia.
"Filem ini turut menarik minat penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani apabila dia menawarkan diri untuk mencipta lagu tema bagi siri Upin dan Ipin akan datang.

"Kita tunggu sajalah lagu yang dihasilkan Ahmad Dhani nanti kerana sekarang ini pun kita juga sedang menyiapkan siri Upin & Ipin sebanyak 42 episod untuk TV9 yang sudah disiarkan sejak Ramadan lalu. Siri ini akan terus disiarkan sehingga penghujung tahun ini,” katanya.

Upin & Ipin dalam empat bahasa

Dalam perkembangan lain, filem kedua terbitan Les' Copaque Production berjudul Upin & Ipin: Angkasa cuba menjadi filem animasi tempatan pertama ke pasaran global iaitu Asia Tenggara dan negara-negara Eropah tidak lama lagi.

"Kita dalam proses akhir sebelum pemeteraian perjanjian bersama saluran Disney yang berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi filem Geng.

“InsyaAllah, majlis perjanjian itu akan dibuat di Cannes, Perancis dan bakal dihadiri dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pihak Disney bersetuju menyiarkan siri Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi mengembangkannya ke Eropah melalui pasaran mereka.

"Buat masa ini mereka bersetuju mengambil siri Upin & Ipin sebanyak 42 episod untuk disiarkan dalam saluran Disney sepanjang musim cuti sekolah nanti. Siri ini juga akan dialih bahasa kepada bahasa Mandarin dan Inggeris.

“Mereka turut berminat untuk bekerjasama dengan kita bagi menghasilkan filem Upin & Ipin: Angkasa,” katanya yang akan memulakan kerja-kerja penerbitan filem kedua itu tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

Tidak dengan itu saja, filem Geng; Penggambaran Bermula akan ditayangkan di India bermula November depan.

"Kita sudah mendapat tempahan daripada 400 pawagam di India. Buat masa ini kita sedang dalam proses mengalihkan bahasa kepada bahasa Hindi,” kata Burhanuddin.





i said: Bangga menjadi salah seorang peminat Upin & Ipin.  Bangga buat julung-julung kali hasil kerja 100% Anak Malaysia menjadi pilihan dunia.

Thursday, September 17, 2009

Rasul Melayu Buka Blog Baru !!


Semalam saya dikejutkan dengan berita penangkapan Kahar Ahmad "Rasul Palsu". Dalam hati, saya panjatkan kesyukuran,  sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Tiba-tiba pagi ini saya diberi satu link laman sesawang oleh seorang rakan saya. Menurut rakan saya, ini merupakan blog terbaru buah tangan dari rasul penipu Si Kahar Ahmad. Tanpa berlengah lagi, brower saya buka untuk menjenguk link yang diberi.. "Istighfar" ada blog baru rupa-rupanya, getus hati saya. Tapi sekurang-kurangnya dia telah diberkas. Oleh yang demikian, dia tidak lagi berpeluang untuk mengemaskini mana-mana media bagi melempiaskan ideologi karutnya itu. Harapan saya moga tangkapan pihak berkuasa kali ini dapat mengekang si penipu ini lebih lama. Bagi yang berminat untuk memboikot SILA KLIK SINI

Friday, September 4, 2009

Mengaku Sebagai Rasul: Sila Flag Blog Ini !!

 
Saya telah disarankan oleh seorang rakan utk membaca blog ini.  dan saya amat terkejut bila mendapati, manusia yg menulis blog ini mengaku dirinya merupakan Rasul Allah swt yg terakhir. Sebagai seorang muslim yg beriman dgn rukun islam & rukun iman, kita beriman yg Nabi Muhammad adalah rasul yg terakhir.. tiada lagi rasul sesudah baginda.. sedangkan syahadah yg kita lafazkan 9 kali sehari sendiri bermaksud " aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Saudara Abdul Kahar Ahmad yg mengaku dirinya rasul, terang-terangan membawa ajaran yg palsu.. saya sarankan anda semua "flag" blog beliau.. supaya fahaman yg sesat begini tidak berleluasa..

Monday, August 3, 2009

Ciuman Yang Paling Lama Sekali Di Dunia

Aku terbaca satu trivia yg sgt menarik. dan selama nie aku mmg xtau wujudnya kategori nie kat dlm Guiness Book of Record. so menurut pemegang rekod dunia ni, ciuman paling lama dipegang oleh sepasang pasangan dari Itali Andrea Sarti and Anna Chen, 31 jam, 18 minit, 33 saat. Acara cium mencium ni diadakan sempena Valentine's Day 2004. Dorang ni beat previous record by American couple, Rich Langley and Louisa Almedovar tempoh bercium 30 jam, 59 minit pada tahun 2001 di New York. berdasarkan pada berita yg aku baca tu, lepas abis jek bercium En. Andrea Sirata ni, terpaksa diberikan bantuan oksigen. Moral of the story, jgn bercium lama sgt, nnt sesak napasss... muahahhahahhaha

Okies.. disbbkan aku terlalu ingin tau.. jadi aku pun memulakan operasi men"google", tuk mendapat kan peraturan semasa nak certified the longgest kisisng ni.. so inilah hasil peng"google"lan aku:

1. ciuman mesti berterus2 terusan dan bibir kene touching all the time.
2. klu bibir dorang nie terpisah (korang phm kan??) : trus hilang kelayakan
3. peserta ni mesti cukup umo.. ni depends on the country the event is being held.
4. peserta mesti dlm keadaan berjaga/sedar.. mukan yg tgh pengsan atau koma, tdo pun xleh..
5. peserta kene berdiri spnjng bercium.. xleh ade yg bantuan utk dorang berdiri.. ape2 la, bantal ke, org ke, dinding ke..
6. rehat tak dibenarkan.. gie toilet pun x boleh..
7. pampers ke, cawat ke, pad ke tak dibenarkan.. (aku rasa ni merujuk klu peserta nak ter"wiwi" atau ter"berry")
8. peserta/psgn xleh tinggalkan kwsn pertndgn semasa tempoh percubaan.. (ni klu korang tgk kat tv, besanya mula2 dorang akan time trial/percubaan dulu)


mari kita bygkan betapa susah nyer bercium dlm keadaan mcm ni.. smpi nak qada' hajat pun xleh.. skang ade sesiapa2 kew yg tringin nak pecahkan rekod ni??
silakan la yee... jgn segan2.. muahhahahhahaha (gile, aku dok provok org camni)
___________________________________________
Nak lagi...??? muahhahhahaha selain ciuman paling lama, ade lagi beberapa rekod yg ade kena mengena pasal ciuman nie..
1. Ciuman dlm air paling lama:
Dilakukan di Tokyo, Jepun pada 2 April 1980 selama 2 minit 18 saat.
2. Pasangan bercium paling ramai di satu-satu kawasan:
Dianjurkan di Filipina pada Valentine's day tahun 2004. melibatkan seramai 5122 pasangan. dorang kene bercium serentak selama 10 saat.
3. Mencium seberapa ramai perempuan dlm tempoh yg singkat:
Rekod dipegang oleh Alfred Wolfram dari New Brighton, sempena Minnesota Rennaissance Festival pd 15 September 1990. seramai 8001 org wanita terlibat sealam 8 jam. purata Alfred Wolfram bercium dgn lebih dr 16 org wanita dlm tempoh 1 minit.
4. Marathon Bercium:
Dianjurkan di Brazil, berlansung selama 62 hari 8 jam 15 minit dgn waktu bercium yg direkodkan 833:45 jam.
___________________________________________

Belom abis lagi tau... hehehehehe yg ni plak beberapa fakta mengenai ciuman.. yg ni aku kopi pasta jek dr sini

* International Kissing Day is February 5th.

* The Catholic Church declared kissing to be a mortal sin in the middle ages.

* The average person will spend an estimated 20,160 min kissing in their lifetime.

* Our brains have special neurons that help us find eachothers lips in the dark.

* You burn 26 calories in a one minute kiss.

* The scientific name for kissing is philematology.

* The fear of kissing is called Philematophobia.


Sekian... tamatla pembelajaran anda semua pada harini.. hehehehehhehehehheklu klu ade sesiapa yg x suka ngan entry aku, xyahlah kecoh2 k. ko trus jek tutup browser tu, jgn dtg lagi.. muahahhahhahahhaha senang kan???

p/s: pesanan dr penaja... (maafkan lah daku, andai kecabulan bahasa ku, mengguris hatimu)

Tuesday, May 26, 2009

Mengantuk nya aku ...

comeii kan anak kucen neh nguap.. cuba aku yg nguap.. (kuang adab sungguh aku neh)

Aku asyik menguap jew dr pagi tadi.. mcm x cukup tdo jew.. tp hakikat nyer aku dah tdo 6 jam. xkan lah nak tdo smpi 10 jam baru cukup.. alahai. klu nak cukupkan tdo 8 jam tu susah lahh sikit, weekend br dapat.. skang aku mudah jadi mengantuk sangat pastu jadi lesu. mmg rasa xlarat. tadi aku ade baca kat tenet.. dia kata klu rasa mengantuk jee.. antara sebab2 nyer adalah:

1. tak cukup tdo (mcm best je kan tilam neh, aku tdo 6 -7 jam sehari)
2. Kurang minum air suam (aku minum 2 liter satu ari, kurang lg kew?)
3. Kurang amik gizi yg byk serat (aku mkn merapu jew.. ok lepas neh byk mesti mkn buah & sayur)

4. Kerap bersenam at least 45 minit sehari/ 2 kali seminggu (hahhahahha yg ni mmg aku x suka buat)

kesimpulannya, mmg padan muka aku slalu ngantuk dan lesu.. jadi klu nak cergas dan sihat... majulah sukan utk negara..
Blog Widget by LinkWithin