Friday, October 30, 2009

Koleksi Gelas Coca Cola




Selepas aku menerjah 4 buah restoran McD dalam c1 hari, ternyata usaha aku sia-sia.. atas nasihat abg nuar aku, semalam aku merajinkan diri mengajak Fizah ke McD di Masjid Jamek. Saat kaki aku melangkah masuk ke dalam restoran itu, hati aku dah mula berbunga-bunga.. nampaknya aku dah jumpa apa yang aku cari.. Gelas Coca Cola Fresh Lime.. secara rasminya lengkap la koleksi gelas McD aku.. Siap ada extra gelas wana biru dan jernih..


i said: Say NO to McD for next 2 months

Thursday, October 15, 2009

Komik Sains Ikhtiar Hidup di Kwsn Gunung Berapi



Aku telah mendpatkan siri terbaru Komik Sains Ikhtiar Hidup. Tapi sayang aku belum berkesempatan membelek secara serius komik ini. Terdapat perubahan yang besar terhadap rekaan kulit hadapan & watak didalamnya. Tiada lagi Leo si comel dan aktif kesukaan saya. Tetapi diganti pula dengan watak Dolly (macam nama budak perempuan kan). hihihihi begitu juga dengan watak-watak yang lain.. Terdapat kesalahan ejaan yang sepatutnya Dolly tetapi menjadi Leo, dan kesilapan menjilid dimana terdapat lebih 10 mukasurat berulang.. Dari hasil pembacaan ekspress saya, komik ini masih memberikan kepuasan yang maksimum..



i said: Can't wait for next series.. 

Monday, October 12, 2009

Kacamata baru saya...




Tajuk macam karangan budak sekolah rendah.. hihihi Jumaat lepas dengan rasminya, kacamata aku yg sumbing mambing dan senget benget ni ditukar dengan yang baru.. Habis terkorek semua simpanan yang ada, nak sangat kanta jenis Transitions.. haaaa rasakan, RM1650.00 melayang.. Yang paling tak seronok kanta aku menjadi semakin tebal, walaupun jenis kanta yang aku pilih dgn indeks yang paling tinggi (1.67) .. ini disebabkan rabun aku yang semakin teruk dr 500 ke 575, silau 200 ke 225 serta pemilihan bingkai yang agak besar.. Tp aku tak dapat merasa pakai bingkai dari jenama terkemuka yang aku idam-idamkan.. huhuhu Mana nak carik duit oiii, bingkai sahaja RM1680.00. Terlungkup la aku!!!! Walaubagaimanapun, aku terasa sungguh gembira...





Monday, October 5, 2009

Tersentuh Nya ..

semalam di saluran HBO menayangkan filem yang entah kenapa menyentuh hati.. walau tiada kene mengena lansung dengan hidup saya. Mamma Mia, rasanya semua orang dah sedia maklum mengenai kehebatan filem ini yang asalnya merupakan teater muzikal. pada saya kehebatan cerita ini terletak pada lagu-lagu nya dan teraju utamanya Meryl Streep. Beliau sangat hebat didalam filem ini, pada usia menjangkau 60 tahun, dia masih boleh berlakon, menyanyi malah menari dengan baik sekali. saya terpesona. dan teruja.. dalam masa yang sama saya amat tersentuh..

_______________________________________________







i said: i love this song, and Meryl sing better than ABBA

Thursday, October 1, 2009

Mohd Anuar Dah Kurus.


Cerita saya hari ini pendek dan ringkas. Tunang saya Mohd Anuar dah kurus. Dari 96 kg susut sehingga 80 kg, hilang 16 kg dalam masa 3 bulan. Apa 3 bulan??? Lambatnya.. Sebab saya percaya ada mereka yang diluar sana berjaya menurutkan berat badan lebih 10 kg dalam masa hanya 1 bulan. Betulkan?

Inilah cerita saya pada hari ini, mengenai kejayaan besar Mohd Anuar. Ceritanya bermula beberapa bulan yang lepas (lebih dari 3 bulan), pada ketika saya menyakinkan beliau untuk mengambil JusMate5. Saya tertarik dengan promosi dan serta testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan berpuluh kilogram dalam tempoh 3 bulan dengan hanya mengambil JusMate5. Tanpa membuang masa saya mengeluarkan sejumlah wang simpanan untuk membeli bukan 1 kotak tp 3 kotak JusMate5 dari salah seorang pengedar yang sah. Ini tidak termasuk dengan 1kotak JusMate5 yang ditempah oleh Mohd Anuar.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu hinggalah berganjak ke bulan demi bulan. Saya masih lagi dengan berat badan yang serupa seperti bulan-bulan yang lalu (mungkin ada pertambahan sempena Aidilfitri). Bukan kerana JM5 tidak berkesan, tetapi saya yang tidak berdisplin. Cukup cerita tentang saya. Tapi hal yang berbeza berlaku kepada Mohd Anuar. Hari demi hari, beliau semakin kurang makan dan bajunya semakin longgar. Paling ketara wajahnya yang dulu bulat dan comel, sudah mengecil membujur sirih.. (bujur sirih ke??) Akhirnya beliau memutuskan untuk menimbang berat badan, Ting!!! Your Weight is 80 kg. Akhirnya usaha beliau mengamalkan JM5 selama 3 bulan amatlah berbaloi-baloi.

Tiba-tiba saya terbayang, andai beliau mengambil JM5 mengikut panduan & aturan yang ditetapkan. Pasti hasil lebih memberansangkan..... dan saya sudah tentu kelihatan seperti si BEAST berdiri di sebelah si HANDSOME.. TIDAKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Lihat Bukti: Klik Sini






i said: This is everybody dreams... but my worse nitemare. oooo plssss no!!!
Blog Widget by LinkWithin