Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Indahnya Malaysia pada hari ini. sebagai generasi muda yg tidak pernah merasa susah payah berjuang bg membebaskan ibu pertiwi kita dari penjajah. aku benar-benar berharap kedatangan Hari Merdeka yang sentiasa dinanti bukan lah kerana cuti umumnya atau promosi jualan hebat di pusat beli belah. tetapi lebih kepada penghayatan dan kesyukuran.. menilik dan menyusur kembali sejarah bagi mencari jati diri kita kembali.. sungguh aku bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia yg indah, kaya & makmur.. malah ingin aku ucapkan jutaan terima kasihku kepada mereka (generasi terdahulu) yang telah berjuang bagi mempertahankan Malaysiaku yang tercinta. marilah kita sama-sama berdoa;


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau lindungilah kami & negara kami dari segala bencana,
kebuluran & kemarau,
serta kau jauhi kami dari peperangan yang boleh membinasakan
bangsa kami,

Ya Allah Ya Tuhanku,
kau selamatkan kami dari tipu daya syaitan & fitnah dari musuh-musuh kami,
Kau suburkanlah tanah-tanah kami,
kau makmurkanlah negara kami,
kau tiupkanlah cinta & kasih sayang sesama kami agar kami sentiasa bersatupadu,
Ya Allah Ya Tuhanku,
kau tempatkanlah roh-roh mereka yang telah berjuang membebaskan & mempertahankan negara kami dikalangan orang-orang yang kau kasihi ...

Amin ..

Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Malaysia


__________________________________________________


Lagu Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Tahun


Monday, August 17, 2009

Merambu bersama Darling Elle

Hari ahad lepas, aku pegi Pavilion sbb nak jumpe kak elle. utk pengetahuan korang kak elle ni merupakan pengasas kepada Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC). bila sampai je kat Pavillion, acara merambu sambil makan2 pun berlansung, seperti biasa tempat pilihan kami adalah Food Republic. aku pilih mee udang tp aku amik bihun, rojak buah dan kak elle mkn wok cantonese kuew tiow.. lepas mkn kitorang merambu di Times Bookstores dan sebagai penutup aku tapau Jco mini donuts tuk dibawa balik... tp sayang sbb aku x amik gambo ngan kak elle & kuew tiow yg kak elle mkn aritu.. sbb the presentation sgt unik. dorang serve the dish dlm kuali kecik.. aper2 pun korang layan jek pic ni k..
 
bihun mee udang.. boleh???
rojak buah
Jco mini donuts.. huhuhu sedap!! 
ni gambo aku & kak elle (masa RAMFC de'Futsal)

Kisah otomen & doktor (bhgian 1)

Sabtu lepas, pagi2 lagi kakak dah bwk otoman & doktor gie umah nenek.. sbbnya otoman dah smpi tahap histeria kat umah, menjerit nak pegi umah nenek.. so ni shot yg aku dpt sepnjang dorang kat umah makcik aku..
mkn aper tu?? smpi 4 jari masuk dlm mulut.. pastu duk atas meja, mukan atas kerusi..

mkn twisties rupanya.

otomen ni comeii..

ni keras kaku sbb tgh tgk tv...
________________________________________


doctor plak.. pki suar kecik je, mkn lettuce smbil tgk tv..

ni ikut arahan aku.. "ticah jgn pandang kamera tau.. mak yong nak ambik gambo.. "

nmpk tak eye lids dia.. huhuhu pki eye shadow tu.. ni mak lang dia nyer keje.. adoiii


p/s: diharap korang abaikanlah background gambo ni yee.. bersepah aku tau.. famili aku x abis lagi mengemas lepas berpindah..

Friday, August 14, 2009

Majlis Pertunangan Aishah

Ini cerita bulan lepas, kira2 citer ni dah kategori lemau la kan?.. dgn senang hati aku meringankan tulang upload gamba2 ni, tuk dijadikan post arini. wahai ecah, pasni ko glamer la kejap ye.. hehehehehe.. Ecah & adik beradik dia merupakan anak angkat makcik aku (sbb jaga dorang dr kecik lagi). so dah mcm kazen aku dah dorang ni.. especially yg kamceng ngan aku Razman.. Ecah bertunang 11/7 di umah mak bapak dia di Kuala Kubu Bharu (KKB), dgn jejaka pilihan hatinya sendiri. Faizal gerangannya org KKB gaks. tp sayang gamba Faizal xde dlm ni.. jd korang layan jelah gamba ni k..
Ecah & Abg aku
Ecah & Mak Uda & Pak Uda
Adik beradik Ecah

Aku & Razman
Hehehehe (no description)

Andainya Ini Sebuah Mimpi


Andai hanya dalam mimpi kita bertemu,
jangan ada matahari untuk ku..
biarkan ku terus lena beradu,
bersama mimipi-mimpi ku..
Andai hanya dalam mimpi kita merindu,
jangan ada siang untuk ku,
biarkan malam terus bertamu bersama
rindu-rindu ku..
Andai hanya dalam mimpi kita berjanji..
jangan biarkan malam itu pergi,
izinkan aku terus di sini,
menanti malam yang sepi.
Biarkan aku terus di ulit mimpi,
andai di situ kau setia menanti..
biarkan aku terus menanti andai di situ
kasih mu abadi....


Sumber Puisi: Pungguk's Sanctuary
_______________________________________


______________________________________

Melankolik nyer mood hari nie..

Sumber: Sana


Tuesday, August 11, 2009

Aku & Lagu 2

Aku dan lagu bahagian ke-2, aku tak bercadang utk buat smbngan entry sblm ni. Tp ni semua gara-gara nak carik lagu Irwansyah - Camelia.. membuatkan aku jadi pengunjung setia utube sepanjang minggu lepas smpi ke hari nie.. tp mungkin rezeki aku la kan.. hari nie aku terjumpa satu video lagu kesukaan aku suatu masa dulu.. dan hakikatnya sehingga kini aku mash lagi menggemari lagu tersebut. humming lagu irwansyah dah pun berhenti, pada saat mata aku tertancap pada tajuk lagu "old school" faveret ni.. apa kata korang join aku nyanyi lagu ni.. enjoy the song ye..
______________________________________


______________________________________

Matahari - Maya

Terbit sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma


Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi


Hangatnya sinaran
Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan


Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan
Sekilas sinar mentari
Melewati di senja menanti


_____________________________________

Maya penyanyi lagu ni adalah, Maya yg berlakon cite Anak Betong slot lagenda kat TV3.. so Maya ni memulakan karier dia sebagai penyanyi., tp aku xtaulah sbb aper dia benti menyanyi pastu jd pelakon.. tp pd aku suara Maya sgtlah sedap didengar dan lagu ni mmg hit sekitar thn 1995 (klu aku x silap) sbb masa tu aku baru darjah 5.. yg menyanyi sekali ngan Maya baju merah tu Noreyn Aziz & kakak dia..


Sumber: Sini, Sana

Monday, August 10, 2009

Aku & Lagu

Hari ni, hari yg sibuk tp aku still nak spend masa jap tuk update blog aku.. aku nak citer pasal, pernah tak korang humming lagu yg sama berhari2.. mase jln kaki? masa lipat baju? masa sapu smph? masa cuci pinggan? mase bwk kete? masa pki kasut, mase pki tudung? pernah tak??? pendek kata klu ko humming jek, ko humming lagu yg sama?? ni cam kes dah jd lagu berhantula.. benda ni jadik kat aku sepanjang minggu lepas plus arini.. citernyer camni.........
pd satu pg masa on the way pegi keje.. usually klu aku jln kaki aku akan dgr radio, dsbbkn reception hotfm aritu x brapa clear, aku pun tuned jelah gie station lain.. pastu tinga aku tertarik ngan melodi lagu yg tgh "on air" masa tu, tajuk xtau sbb aku dgr pun dah dkt ujung2. bermula dr saat tu la aku tiap kali humming mesti lagu yg sama.. aku dah jd addicted dgn lagu tu. masuk hari ke-3, aku dah xthn.. smpi jek opis on pc, gie utube dulu, carik lagu yg aku dok humming sakan berhari2.. so harini jus nak share ngan lagu berhantu tu ngan korang.. layannnn
___________________________________________




__________________________________________
Camelia - Irwansyah

camelia maafkanlah aku
karna ku tak bisa
temani tidurmu

camelia lupakanlah aku

jangan pernah lagi
kau temui aku

kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku
kau wanita yang tegar
aku mohon lupakanlah aku


sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
mungkin di suatu saat nanti
kau temui cinta yang sejati


sudah cepat lupakanlah aku
jangan pernah ungkit masa lalu
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku

camelia

kau wanita terhebat
yang pernah singgah di hatiku



sudahlah jangan menangis lagi
ku rasa cukup sampai di sini
ku takut kekasihku pun tahu
kau pernah menjadi simpananku

camelia


Sumber Lirik : Sini

Friday, August 7, 2009

Komik Sains Ikhtiar Hidup : Aku Suka Komik Ni!!!

Minggu ni mmg rasa tak berapa sihat.. so masa balik dr keje.. aku singgah kat 7Eleven dekat ngan umah aku., sbb nak beli air badak & cool fever. masa aku melintas rak komik Gempak Starz, tetiba aku ternampak satu judul komik yg aku rasa sgt lain dr yg biasa aku jumpa.. aku baca 2 3 kali tajuk dia, aku telek je gamba depan tu.. seyes aku trus minat.. mula2 aku beli satu jek.. aku abiskan baca komik tu dlm masa 35 minit shj. pastu aku ulang balik.. xtau knp aku jadi suka sgt.. knp aku ckp mcm tu?? sbb kebiasaan nye aku bukan seorang peminat komik.. tp komik ni mmg menarik minat aku.. dia cerita pasal budak nama Leo pengalamannya nak mandiri (survive) dlm keadaan extreme.. cth di gurun, di pulau yg xde org tinggal & hutan amazon.. komik ni penuh dgn ilustrasi berwarna dan sudut info. xde satu bhgian pun dlm warna  hitam & putih. setiap teknik survival tu akan diterangkan dlm bhgian info.. info yg diberikan aku akui x lengkap dan terlalu ringkas.. tp masih lagi berguna. dan bersesuaian dgn negara kita (dsbbkan komik ni berasal dr korea). bahasa melayu dlm komik ni pun tersusun dan baik. aku baca kat kulit komik ni, siri ikhtiar hidup ni ade 8 siri.. so yg aku dah beli cuma 3 siri (gurun, amazon & pulau tandus). 5 siri selebihnya, aku rasa belum terbit lagi iaitu glasier, kwsn gunung berapi, savana, lautan bergelora & siberia). tak sabar nak tggu siri yg baru.. mungkin korang patut baca.. pd aku komik ni mmg best thp gaban!! 
5 bintang (*****)

  
 


Sumber: Sini, Sana,

Monday, August 3, 2009

Ciuman Yang Paling Lama Sekali Di Dunia

Aku terbaca satu trivia yg sgt menarik. dan selama nie aku mmg xtau wujudnya kategori nie kat dlm Guiness Book of Record. so menurut pemegang rekod dunia ni, ciuman paling lama dipegang oleh sepasang pasangan dari Itali Andrea Sarti and Anna Chen, 31 jam, 18 minit, 33 saat. Acara cium mencium ni diadakan sempena Valentine's Day 2004. Dorang ni beat previous record by American couple, Rich Langley and Louisa Almedovar tempoh bercium 30 jam, 59 minit pada tahun 2001 di New York. berdasarkan pada berita yg aku baca tu, lepas abis jek bercium En. Andrea Sirata ni, terpaksa diberikan bantuan oksigen. Moral of the story, jgn bercium lama sgt, nnt sesak napasss... muahahhahahhaha

Okies.. disbbkan aku terlalu ingin tau.. jadi aku pun memulakan operasi men"google", tuk mendapat kan peraturan semasa nak certified the longgest kisisng ni.. so inilah hasil peng"google"lan aku:

1. ciuman mesti berterus2 terusan dan bibir kene touching all the time.
2. klu bibir dorang nie terpisah (korang phm kan??) : trus hilang kelayakan
3. peserta ni mesti cukup umo.. ni depends on the country the event is being held.
4. peserta mesti dlm keadaan berjaga/sedar.. mukan yg tgh pengsan atau koma, tdo pun xleh..
5. peserta kene berdiri spnjng bercium.. xleh ade yg bantuan utk dorang berdiri.. ape2 la, bantal ke, org ke, dinding ke..
6. rehat tak dibenarkan.. gie toilet pun x boleh..
7. pampers ke, cawat ke, pad ke tak dibenarkan.. (aku rasa ni merujuk klu peserta nak ter"wiwi" atau ter"berry")
8. peserta/psgn xleh tinggalkan kwsn pertndgn semasa tempoh percubaan.. (ni klu korang tgk kat tv, besanya mula2 dorang akan time trial/percubaan dulu)


mari kita bygkan betapa susah nyer bercium dlm keadaan mcm ni.. smpi nak qada' hajat pun xleh.. skang ade sesiapa2 kew yg tringin nak pecahkan rekod ni??
silakan la yee... jgn segan2.. muahhahahhahaha (gile, aku dok provok org camni)
___________________________________________
Nak lagi...??? muahhahhahaha selain ciuman paling lama, ade lagi beberapa rekod yg ade kena mengena pasal ciuman nie..
1. Ciuman dlm air paling lama:
Dilakukan di Tokyo, Jepun pada 2 April 1980 selama 2 minit 18 saat.
2. Pasangan bercium paling ramai di satu-satu kawasan:
Dianjurkan di Filipina pada Valentine's day tahun 2004. melibatkan seramai 5122 pasangan. dorang kene bercium serentak selama 10 saat.
3. Mencium seberapa ramai perempuan dlm tempoh yg singkat:
Rekod dipegang oleh Alfred Wolfram dari New Brighton, sempena Minnesota Rennaissance Festival pd 15 September 1990. seramai 8001 org wanita terlibat sealam 8 jam. purata Alfred Wolfram bercium dgn lebih dr 16 org wanita dlm tempoh 1 minit.
4. Marathon Bercium:
Dianjurkan di Brazil, berlansung selama 62 hari 8 jam 15 minit dgn waktu bercium yg direkodkan 833:45 jam.
___________________________________________

Belom abis lagi tau... hehehehehe yg ni plak beberapa fakta mengenai ciuman.. yg ni aku kopi pasta jek dr sini

* International Kissing Day is February 5th.

* The Catholic Church declared kissing to be a mortal sin in the middle ages.

* The average person will spend an estimated 20,160 min kissing in their lifetime.

* Our brains have special neurons that help us find eachothers lips in the dark.

* You burn 26 calories in a one minute kiss.

* The scientific name for kissing is philematology.

* The fear of kissing is called Philematophobia.


Sekian... tamatla pembelajaran anda semua pada harini.. hehehehehhehehehheklu klu ade sesiapa yg x suka ngan entry aku, xyahlah kecoh2 k. ko trus jek tutup browser tu, jgn dtg lagi.. muahahhahhahahhaha senang kan???

p/s: pesanan dr penaja... (maafkan lah daku, andai kecabulan bahasa ku, mengguris hatimu)

Blog Widget by LinkWithin