Monday, September 28, 2009

Siri Animasi Popular Tempatan Upin & Ipin Bakal ke Saluran Disney


 

Sumber: BERITA HARIAN, 28 Sept 2009
Oleh Rozdan Mazalan


WALAUPUN menghadapi risiko daripada lanun cetak rompak, ia tidak menghalang Les’Copaque Production Sdn Bhd untuk memasarkan filem animasi terbitannya, Geng: Pengembaraan Bermula dalam medium cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kerana yakin peminat setia karektor watak berkembar Upin & Ipin dengan mendapatkan produk asli sebagai tanda sokongan.

Sokongan padu daripada peminat itu terbukti apabila CD dan DVD filem itu sudah dijual lebih 60,000 unit sejak ia dipasarkan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri menyebabkan syarikat penerbitan ini terpaksa membuat cetakan sebanyak 70,000 unit lagi.

Pengarah Urusan Les’Copaque Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencetak dan menjual secara haram memang tidak dapat dielakkan tetapi ia hanya memberi kesan minimum.

“Sejak CD dan DVD Geng: Pengembaraan Bermula yang tulen mula dicetak dan dipasarkan, pada masa kita juga sudah menyedari memang ada banyak CD dan DVD cetak rompak di pasaran.

“Memang kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk menghalang kegiatan haram itu. Namun, saya amat berterima kasih kepada peminat setia filem ini kerana terus menyokong industri filem kita dengan mendapatkan CD dan DVD yang tulen kerana kualitinya lebih baik dan terjamin," katanya yang dihubungi Hip baru-baru ini.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula yang ditayangkan pada Februari lalu mendapat sambutan amat memberangsangkan sehingga mencatatkan kutipan kasar lebih RM6 juta.

Buhanuddin juga memaklumkan filem Geng kini sedang ditayangkan di 40 pawagam di Jakarta dan Bandung, Indonesia sejak dua minggu sebelum Aidilfitri lalu dan menerima sambutan di luar jangkaan.

"Apa yang dimaklumkan kepada saya lebih 1,000 penonton membanjiri semua pawagam setiap hari untuk menonton filem ini yang ditayangkan lima hingga enam kali sehari, Mengikut perjanjian, filem ini akan ditayangkan selama sebulan di sana," katanya.

Tambah Burhanuddin lagi, sejak filem itu ditayangkan di Indonesia, karektor Upin & Ipin mula mendapat tarikan bukan saja daripada kanak-kanak di sana malah peminat daripada pelbagai peringkat usia.
"Filem ini turut menarik minat penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani apabila dia menawarkan diri untuk mencipta lagu tema bagi siri Upin dan Ipin akan datang.

"Kita tunggu sajalah lagu yang dihasilkan Ahmad Dhani nanti kerana sekarang ini pun kita juga sedang menyiapkan siri Upin & Ipin sebanyak 42 episod untuk TV9 yang sudah disiarkan sejak Ramadan lalu. Siri ini akan terus disiarkan sehingga penghujung tahun ini,” katanya.

Upin & Ipin dalam empat bahasa

Dalam perkembangan lain, filem kedua terbitan Les' Copaque Production berjudul Upin & Ipin: Angkasa cuba menjadi filem animasi tempatan pertama ke pasaran global iaitu Asia Tenggara dan negara-negara Eropah tidak lama lagi.

"Kita dalam proses akhir sebelum pemeteraian perjanjian bersama saluran Disney yang berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi filem Geng.

“InsyaAllah, majlis perjanjian itu akan dibuat di Cannes, Perancis dan bakal dihadiri dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pihak Disney bersetuju menyiarkan siri Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi mengembangkannya ke Eropah melalui pasaran mereka.

"Buat masa ini mereka bersetuju mengambil siri Upin & Ipin sebanyak 42 episod untuk disiarkan dalam saluran Disney sepanjang musim cuti sekolah nanti. Siri ini juga akan dialih bahasa kepada bahasa Mandarin dan Inggeris.

“Mereka turut berminat untuk bekerjasama dengan kita bagi menghasilkan filem Upin & Ipin: Angkasa,” katanya yang akan memulakan kerja-kerja penerbitan filem kedua itu tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

Tidak dengan itu saja, filem Geng; Penggambaran Bermula akan ditayangkan di India bermula November depan.

"Kita sudah mendapat tempahan daripada 400 pawagam di India. Buat masa ini kita sedang dalam proses mengalihkan bahasa kepada bahasa Hindi,” kata Burhanuddin.





i said: Bangga menjadi salah seorang peminat Upin & Ipin.  Bangga buat julung-julung kali hasil kerja 100% Anak Malaysia menjadi pilihan dunia.

Friday, September 25, 2009

Gelas Coca-Cola Percuma di McDonald's








Bermula dari 23 Sept - 30 Okt 2009 (11 pg - 4 pg). dapatkan satu gelas coca cola percuma dengan setiap belian mana-mana set besar Mcvalue Meal dengan Sundea.

Saya amat tertarik dengan promo McD terbaru ini. kerana saya teramat mengemari rekaan dan warna gelas yang ditawarkan, berbanding dgn promo untuk gelas Olympic

Beijing sebelum ini. Malah semalam pulang dari kerja, saya dah mendapatkan satu, warna merah jambu (perky pink). Dan saya amat berhajat agar saya dapat mengumpulkan kesemua 7 warna yang ditawarkan. Nampaknya selepas ini, terpaksalah saya menjengah ke McD setiap hari bila pulang dari kerja, untuk memastikan saya dapat menjayakan misi saya.


Tetapi kalau saya membeli value meal setiap 3 hari untuk mendapatkan gelas, bagaimana keadaan saya? mampukah dompet saya bertahan? mampukah perut saya memahami?? aduhaiiiii berbelah baginya perasaan saya..










i said: rasanya kene mintak bantuan talian hayat la... abg tolong!!!!!

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



ANDAI TINGKAH MEMBEKAS LUKA,
ANDAI KATA MERANGKAI DUSTA, 
ANDAI JEMARI TAK SEMPAT BERJABAT,
SEIRING SERUAN TAKBIR YANG BERGEMA,
KUATURKAN SALAM DI AIILFITRI,
KU POHON MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, September 17, 2009

Rasul Melayu Buka Blog Baru !!


Semalam saya dikejutkan dengan berita penangkapan Kahar Ahmad "Rasul Palsu". Dalam hati, saya panjatkan kesyukuran,  sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Tiba-tiba pagi ini saya diberi satu link laman sesawang oleh seorang rakan saya. Menurut rakan saya, ini merupakan blog terbaru buah tangan dari rasul penipu Si Kahar Ahmad. Tanpa berlengah lagi, brower saya buka untuk menjenguk link yang diberi.. "Istighfar" ada blog baru rupa-rupanya, getus hati saya. Tapi sekurang-kurangnya dia telah diberkas. Oleh yang demikian, dia tidak lagi berpeluang untuk mengemaskini mana-mana media bagi melempiaskan ideologi karutnya itu. Harapan saya moga tangkapan pihak berkuasa kali ini dapat mengekang si penipu ini lebih lama. Bagi yang berminat untuk memboikot SILA KLIK SINI

Wednesday, September 16, 2009

Luahan Hati Dia

Kelmarin hari isnin, semalam hari selasa dan hari ini hari rabu. waktu terus beranjak pergi meninggalkan kita. dia pula terpaksa menempuh hari-hari yang sarat dengan bebanan jiwa.. malah hari-hari yang mendatang pun dia rasakan akan terus hambar. dalam hati dia rasa syukur, kerana dia tidak perlu melalui hari yang panjang. kerna setiap hari yang dia lalui, dirasakan begitu cepat berlalu pergi.

images

rutin harian dijalani seperti biasa, tanpa semangat. hanya yang tinggal dalam dirinya adalah rasa kebergantungan terhadap gaji setiap awal bulan. tatkala pulang ke rumah dengan langkah yang layu, dia mengambil tempat dihadapan cermin. membelek wajahnya yang semakin lesu dan kusam. riak wajahnya tidak lagi seceria dahulu. dia terus memandang cermin, serasakan seperti pandangannya mampu menembusi cermin itu. tiba-tiba gambaran wajahnya dicermin itu tersenyum. dan wajah itu terus mencebik, mengejek dirinya.

dia sedar yang dia semakin hilang tujuan. ketika orang disekelilingnya sedang sibuk membuktikan kemampuan & pencapaian dalam hidup. dia sekadar termangu, kaku tanpa riak. padahal, dia ingin sekali berada dalam kelompok itu. dia ingin sekali membuktikan pada sang cermin itu, dia masih punya keinginan untuk berjaya. dia terlalu ingin menjadi orang yang punya kejayaan. dia tidak mahu dilihat sebagai orang yang gagal.

kadangkala dia menjadi iri, bila mendengar khabar kejayaan orang lain. ada ketika pula dia terlalu asyik memerhatikan kebahagian orang lain. menjadikan dia terlupa akan untung nasib dirinya sendiri. namun dia harus diingat kan, yang rezeki dan kebahagiaan itu Maha Kuasa yang mengaturkan. malah rahmat dari Maha Kuasa itu berbeza-beza bagi tiap-tiap ciptaan-Nya.

mungkin kerna selama ini, jalan hidupnya tidak pernah mudah. orang yang diharap memimpin dan menjaga dirinya disepanjang jalanan sukar itu, hanya memerhati dari kejauhan. dia terus teraba-raba, jatuh bangun sendiri demi meneruskan langkahnya agar tiba ke destinasi. pernah dipertengahan jalan itu, ada yang sudi menemani, berjanji demi sebuah ikatan susah & senang bersama. namun janji tinggal janji, dia dibiarkan sepi. kasihan dirinya, bersendirian, terluka & sesat dipertengahan jalan.

dia keletihan, dan tidak mahu mencuba lagi... itulah yang menjadikan hari-harinya terus hambar.. dia tidak mahu bangun dari jatuhnya. dia membiarkan lukanya menjadi busuk dan bernanah walhal dia punya cara untuk merawatnya sendiri.. dia biarkan jiwanya kosong dan terus-terusan melayan kecewanya. "kenapa? kenapa? kenapa?" soal dia berkali-kali..





i said: nothing sucks worse than feeling alone, no matter how many people are around

Wednesday, September 9, 2009

Peramah vs Pendiam

Anda wanita diluar sana, memilih teman lelaki yg bagaimana? seorang yang peramah atau pendiam? lelaki peramah disini bukan merujuk kepada seorang yg mulut manis @ bermanis mulut, tetapi suka bercampur gaul dan berbual-bual dgn rakan karib, keluarga @ buah hati (lebih merujuk kepada sikap ramah). manakala seorang yang pendiam adalah orang yang tidak suka bercakap @ tidak ramah. jika ditanya tentang pilihan saya, saya cenderung kepada lelaki yang peramah. knp? sbb saya seorang yang suka bercerita, saya nak bercerita dengan seorang yang ada tindak balas @ jawapan dengan setiap cerita atau persoalan saya. sekurang-kurangnya ada tindak balas dari riak wajah, intonasi suara atau jawapan ringkas spt hmm, yelah, kan?... malah saya boleh bercerita tentang apa sahaja yang saya suka..


saya sering mendengar lelaki merungut mengenai teman wanita @ isteri mereka yg byk cakap, terlalu banyak rungutan dan berbagai-bagai lagi.. pada saya wanita-wanita ini mula bercakap, berleter, merungut hanyalah kerana ingin didengari ataupun minta diberi perhatian.. perhatian itu yg penting sebenarnya.. saya percaya ada segelintir wanita yang kehendaknya tidak serupa dengan apa yang saya coretkan disini. tetapi saya juga percaya majoriti wanita mempunyai perasaan sama seperti saya.


ramai wanita disalah erti kerana rungutan-rungutan kecil, atau luahan tidak puas hati mengenai sesetengah perkara yang dianggap remeh oleh lelaki. contoh seperti warna baju, cuaca, jerawat, dan macam-macam lagi.. konon-kononya lelaki tidak faham mengenai tujuan dan kehendak wanita itu. wahai lelaki, anda tidak perlu faham dengan naluri wanita, kerana lelaki tidak akan dapat memahami mereka.. kerna itu anda menjadi lelaki.. faham maksud saya? :) anda tidak perlu faham segala-galanya, pandai serba serbi, untuk mewujudkan komunikasi berkesan.. untuk membuat kan wanita merasakan yang si lelaki benar-benar memberi perhatian kepada setiap ceritanya.. setiap perlakuannya, dan setiap permintaannya.. cukup sekadar anda meluangkan masa dan meminjamkan telinga anda untuk segala ceritanya.. mungkin boleh meminjamkan bahu untuk curahan airmatanya (ini untuk yg dah kahwin shj). ini hanya berkesan seandainya anda lelaki mendengar sebagai teman/kekasih/suami bukan anda mendengar sebagai tunggul yang bernyawa..


pada pendapat saya, sbnrnya mengambil hati seorang wanita ini mudah (bagi yg bukan mata duitan), beri perhatian pada setiap ceritanya, perubahannya (tmbh pula utk memikat hati lelaki), sesakali membantu dia, yang paling penting jagalah komunikasi dua hala antara si lelaki & si wanita (komunikasi tunjang satu-satu hubungan). kerana semakin bertambah usia sesuatu hubungan semakin rapuh komunikasi antara duanya. berbicara, berbual, bercinta, berbincang .. atau apa sahaja yang menghasilkan komunikasi 2 hala. bukan bergaduh, takut memburukkan lagi hubungan sedia ada.


wahai lelaki, dengarlah luahan hati, rungutan, cerita atau apa sahaja dari wanita dengan HATI anda. jangan sesekali mendengar dengan AKAL anda. jika anda mendengar dengan hati, perhatian anda tidak akan sesekali terjejas seandainya rungutan wanita itu, tidak relevan sama sekali.. ibaratnya kita mendengar angan-angan anak-anak kecil mengenai hero kegemaran mereka, kita tetap mendengar dengan penuh perhatian kerana kasih sayang dari hati kita, walau pada hakikatnya kita sedar itu tidak kan berlaku. inilah perbezaan wanita & lelaki, perbezaan dari segi emosi & logika.. perbezaan yang wujud sejak dari azali lagi..


nampaknya bicara saya menjadi berat sebelah dan terkeluar dari tajuk asal... maafkan saya jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. saya sekadar mencoretkan apa yg saya rasa & ketahui..








p/s: saya sedih bila bicara saya tidak didengari, kadang-kadang saya merasakan seperti wujudnya alasan itu adalah untuk tidak hadir mendengar cerita saya.. acapkali jasadnya hadir untuk mendengar tetapi dalam masa yang sama rohnya sudah keluar mengembara di alam mimpi.. saya letih diperlakukan begini...

Friday, September 4, 2009

Siri Terbaru Komik Sains Ikhtiar Hidup..

 
Tat taraaaa!!! Siri terbaru komik sains ikhtiar hidup dan kali ni ikhtiar hidup di glasier.. aku beli komik ni pagi tadi di 7E. pengembaraan Leo bermula di kutub utara bersama Dolly, Cikgu (chanteqqqqq!!) & Campaign. untuk menyertai pertandingan luncur kereta salji anjing. hasil pembacaan ekspress, aku dapat merasakan siri baru ni pun seronok & advanture mcm yg siri2 yg sblm ni.. huhuhuhu  aku agakla komik ni terbit setiap bulan.. jadi aku tak sabar nak tunggu keluaran seterusnya.. mengikut senarai kat kulit buku ni, siri seterusnya adalah ikhtiar hidup di kwsan gunung berapi. ok, skang ni aku nak smbng baca komik ni.. klu korang nak tau mcm mana ceritanya, aku cadangkan korang beli je.. berbaloi-baloi. muahahhahahha (dlm hati sangat gembira)

Mengaku Sebagai Rasul: Sila Flag Blog Ini !!

 
Saya telah disarankan oleh seorang rakan utk membaca blog ini.  dan saya amat terkejut bila mendapati, manusia yg menulis blog ini mengaku dirinya merupakan Rasul Allah swt yg terakhir. Sebagai seorang muslim yg beriman dgn rukun islam & rukun iman, kita beriman yg Nabi Muhammad adalah rasul yg terakhir.. tiada lagi rasul sesudah baginda.. sedangkan syahadah yg kita lafazkan 9 kali sehari sendiri bermaksud " aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Saudara Abdul Kahar Ahmad yg mengaku dirinya rasul, terang-terangan membawa ajaran yg palsu.. saya sarankan anda semua "flag" blog beliau.. supaya fahaman yg sesat begini tidak berleluasa..
Blog Widget by LinkWithin