Tuesday, June 22, 2010

Ketenangan Yang Dicari..

Alhamdulillah selepas 2 bulan lebih menjadi isteri, hidup aku byk terisi dgn ibadah.. Wow!!! Kedengarannya sungguh hebat.. hehehehe Hidup aku bermula seawal subuh.. bgn solat, sediakan sarapan, meguruskan rumahtangga menghantar encik suami ke muka pintu. Hinggala menanti kepulangan encik suami dr kerja setiap petang dan kadang2 malam. Kerja itukan ibadah..Walaupun kadang2 aku risau dgn keadaan ekonomi rumahtangga aku, memandangkan aku masih lagi belum bertemu dgn kerja idaman.. tetapi jiwa aku lebih tenang jika dibanding sewaktu aku masih bujang. Sebab nya? Terlalu byk.. Sehingga aku tak mampu nak nyatakan disini.. Jadi benarlah yg Allah swt janjikan untuk hamba-hambanya yg mendirikan masjid antaranya ketenangan jiwa dan bertambahnya rezeki.. Semoga aku dan encik suami sentiasa diteguhkan iman, diampunkan dosa, diberi kelapangan jiwa, diberi kebahagian dan diperbanyakkan rezeki.. amin ya rabbalalamin..
Blog Widget by LinkWithin