Showing posts with label Buku Oh Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku Oh Buku. Show all posts
Thursday, October 15, 2009
Komik Sains Ikhtiar Hidup di Kwsn Gunung Berapi
Friday, September 4, 2009
Siri Terbaru Komik Sains Ikhtiar Hidup..
Tat taraaaa!!! Siri terbaru komik sains ikhtiar hidup dan kali ni ikhtiar hidup di glasier.. aku beli komik ni pagi tadi di 7E. pengembaraan Leo bermula di kutub utara bersama Dolly, Cikgu (chanteqqqqq!!) & Campaign. untuk menyertai pertandingan luncur kereta salji anjing. hasil pembacaan ekspress, aku dapat merasakan siri baru ni pun seronok & advanture mcm yg siri2 yg sblm ni.. huhuhuhu aku agakla komik ni terbit setiap bulan.. jadi aku tak sabar nak tunggu keluaran seterusnya.. mengikut senarai kat kulit buku ni, siri seterusnya adalah ikhtiar hidup di kwsan gunung berapi. ok, skang ni aku nak smbng baca komik ni.. klu korang nak tau mcm mana ceritanya, aku cadangkan korang beli je.. berbaloi-baloi. muahahhahahha (dlm hati sangat gembira)
Friday, August 7, 2009
Komik Sains Ikhtiar Hidup : Aku Suka Komik Ni!!!
Minggu ni mmg rasa tak berapa sihat.. so masa balik dr keje.. aku singgah kat 7Eleven dekat ngan umah aku., sbb nak beli air badak & cool fever. masa aku melintas rak komik Gempak Starz, tetiba aku ternampak satu judul komik yg aku rasa sgt lain dr yg biasa aku jumpa.. aku baca 2 3 kali tajuk dia, aku telek je gamba depan tu.. seyes aku trus minat.. mula2 aku beli satu jek.. aku abiskan baca komik tu dlm masa 35 minit shj. pastu aku ulang balik.. xtau knp aku jadi suka sgt.. knp aku ckp mcm tu?? sbb kebiasaan nye aku bukan seorang peminat komik.. tp komik ni mmg menarik minat aku.. dia cerita pasal budak nama Leo pengalamannya nak mandiri (survive) dlm keadaan extreme.. cth di gurun, di pulau yg xde org tinggal & hutan amazon.. komik ni penuh dgn ilustrasi berwarna dan sudut info. xde satu bhgian pun dlm warna hitam & putih. setiap teknik survival tu akan diterangkan dlm bhgian info.. info yg diberikan aku akui x lengkap dan terlalu ringkas.. tp masih lagi berguna. dan bersesuaian dgn negara kita (dsbbkan komik ni berasal dr korea). bahasa melayu dlm komik ni pun tersusun dan baik. aku baca kat kulit komik ni, siri ikhtiar hidup ni ade 8 siri.. so yg aku dah beli cuma 3 siri (gurun, amazon & pulau tandus). 5 siri selebihnya, aku rasa belum terbit lagi iaitu glasier, kwsn gunung berapi, savana, lautan bergelora & siberia). tak sabar nak tggu siri yg baru.. mungkin korang patut baca.. pd aku komik ni mmg best thp gaban!!
5 bintang (*****)
Sumber: Sini, Sana,
Friday, June 12, 2009
Timbunan buku..
Skang aku dok ngan mak sedara aku, so skang ni dia nak pindah umah. jadi aku pun kene ikut pindah umah skali. benda pertama yg aku kene kemas adalah buku2 aku yg bertimbun tu..
so aku pun pegi beli kotak kat Tesco RM42.90. aku beli yg ade roda saiz 47 liter tinggi 50cm camtu. aku beli dgn harapan nnt aku leh sumbat benda lain dlm kotak tu selain buku aku..
so aku pun mulalah mengemas buku2 aku. korag tengoklah lambakan buku2 aku ni.. bykkan?
jadik aku pun susun la buku2 aku ni masuk dlm kotak plastik tu.. susun2 punya susun skali muat2 jek dlm kotak tu.. masa tu br aku perasan ya allah byk nyer buku2 aku. belom lagi yg aku tinggal kat umah abah aku kat klang, campo dgn 2 kotak yg aku x unpack lagi (dr sabah dan masa aku benti keje dr KFC). knp aku tak unpack kotak2 tu sbb lemari buku kat umah abah aku dah muat nak tmpung buku2 aku smer.. so skang ni aku tmbh lagii..hadduii camner aku nak angkut buku ni nnt lepas kawin..
klu diikutkan aku ade 9 buah buku yg kazen aku pinjam dan dorang x pulangkan lagi.. klu dorang pulang jek buku tu dan aku masukkan dlm kotak ni sure kotak2 dah xde ruang kosong lagik!! ni bencana yg aku tempah sendiri. skang aku tpikir lak camner nak angkut buku ni.. huhuhu berat lahh
Monday, June 8, 2009
Kamus Bergambar yg sgt menarik.
Masa pesta buku yg lepas, aku mencari kamus bergambar yg suatu masa dulu aku jumpe masa aku masih lagi blajar kat UMS. tp malangnya xde. tetapi aku jumper yg lebih baik dr ape yg aku dok idamkan bertahun2. This is my best find sepanjang pesta buku di pwtc diadakan. harga dia plak RM135.00 lepas dpt 10% diskaun. tp kamus ni sgt lah berat dan tebal, jenuh aku jinjit smbil merambu tgk buku lain. aku tunjuk dgn sepupu aku trus dia bg duit suruh belikan.. katanya simpan tuk anak2 aku. tp hakikat nya kamus ni mmg best sbb bg aku dia mmg membantu (sbb aku x brapa pandai sgt dgn nama2 benda ni). dah tau nama dia, nak sebut bukak lah kamus yg besa kita guna, tgklah nak sebut camner.. tamat masalah aku.
Ni muka depan dia.
ni sebahagian dr bab kesukaan aku selain bhgian tulang dan organ2 manusia.
ni part yg aku failed masa mula2 pegi mkn at hotel. sudu & garfu yg mcm2 jenis tu xtau nak guna bila. muahahhahha (kat dlm ni ade bg tau). termasuklah dgn mcm2 jenis pisau dan cookery yg kita x penah gune seumur idup (tp klu tgk channel AFC slalu jumpe).
jenis2 kolar baju. yg kita tau turtle neck, V neck, round neck. yg lain tu sebut dan describe yee.. nama xtau..
tgklah part beskal ni.. aku x abis lagi menelaah. muahhahahhaha
tiap2 mingu aku mesti akan bukak kamus ni wlupun sekadar 15 minit, aku mesti blajar benda baru dan perkataan baru. sbb skang aku rasa cam best plak ade kamus ni.selain yg korang tgk kata atas ni, kamus ni ade byk bahagian mknn, sukan, geologi, binatang astronomi, kenderaan dan mcm2 lagilah. kemudian setiap bahagian itu akan dipecahkan kepada sub2 topik cth klu pakaian (aksesori, kasut, baju kanak2, kot, pakaian dalam) dan hentah2 aper2 lagilah. klu nak tau dgn detail korang kene beli la kamus ni.. muahahhahhaa
Subscribe to:
Posts (Atom)




