Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Tiada Tajuk Untuk Ini

  
Kalau mengikut perancangan aku, sepatutnya aku berada di Penang Sabtu lepas. tp aku kene cancel plan itu saat2 akir dssbkan bbrapa perkara yg  xdpt aku elakkan. nak dijadikan cerita, makcik aku ade seminar hari sabtu tu.. so seperti biasalah lah, klu ade khidmat pengurusan jenazah dperlukan aku la yg kene pegi. kunun2 aku ni asisstant makcik aku lah.. makcik aku ni dia handle pengurusan jenazah. ketika aku sdg bersantai tgh hari sabtu tu, makcik aku kol suh aku pegi Bilik Mayat Hospital ******. katenya ade jenazah yg nak diuruskan.

so aku pun pegila dgn mami si dokto & otoman (kakak). so smpi je aku kat bilik mayat, hospital ******. aku tgk ramai  waris arwah ni dah tggu.. arwah ni ade 5 org anak , so 3 org anak perempuan dia hand's on skali mandikan mak dia. ahmdllh jenazah arwah selesai dmandikan.. masa aku & kakak tgh kapan kan jenazah ni, aku berbasa basilah dgn salah sorang anak arwah. aku dapat tau yg arwah ni ade anak bongsu umo 18 thn. masa tu aku pikir yg mungkin bdk ni dah smpi Kedah (sbb jenazah ni nak dihantar ke Kedah).
Tiba2 je makcik aku ade kat dlm bilik mayat tu.. entah bila dia sampai pun aku tak prasan.. (concentrat wat kejela kunun). so kami pun menyambung la keje2 mengkapankan jenazah tu.. saat kami nak tutup muka arwah tu (kain kapan dbhgian muka akan ditutup/diikat paling akhir)..
Aku: klu anak2 arwah nak cium ke, nak pelok ke..boleh lahh skang.. sbb lepas ni kita nak solatkan.. pastu trus anta balikkan ???
Anak menantu arwah ni pun bergilir lah pegi cium arwah mak dia, termasuklah suami arwah ni..
Makcik Aku: ada sesiapa lagi nak tgk arwah ni..??
aku & kakak dok pndng2 waris arwah.. tiba2
Anak Arwah 1: Ustzh, tggu sat kami nak bwk adik kami yg bongsu tgk mak..
Makcik Aku: dia kat maner?
Anak Arwah 2: ade... kat kereta..
Makcik Aku: laaaa.. knp x bwk dtg sini.. dah, panggil2.. umo dia baper thn??
Anak Arwah 2: umo dia 18 thn.. tp ustzh... adik sy ni.. dia kurang sikit.. syndrom down.. (dgn muka serba salah)
Makcik Aku: dia tau tak, mak dia dah xde??
Anak Arwah 1: tak.. tp masa arwah ni sakit dia tau..
Makcik Aku: knp x bg tau..? kamu kena bg tau.. patutnya tadi bwk je dia dtg sini.. biarkan dia tgk arwah ni dimandikan.. sekurang2nya bila dia nmpk, dia ingat... jadi kita boleh terangkan pada dia.. yg mak dia dah xde lagi..
Then, masuk anak arwah ni yg sulung (lelaki), bwk sorang bdk yg fizikal dia nmpk mcm bdk sekolah rendah je.. bdk pompuan..dia trus meluru kat jenazah mak dia masa tu..
Anak Bongsu: Mak....... Makkkk... (pelat)
Anak Arwah 3: adik, mak dah xde dah... (pelok bahu adik dia)
Anak Bongsu: mak dah x sakit dah?? semua sakit dah buang??? (muka dia masa tu penuh pengharapan tp mata dia nmpk sgt sayu)
Semua org kat situ merembes (termasuk aku & kakak).. anak2 arwah tu jgn ckplah...
Anak Bongsu: mak... ampun mak.. ampun.. mak..(smbil usap2 bdn mak dia)
Anak Bongsu: mak dah x sakit kan???? mak dah x sakit dah..
Aku pndng anak arwah 1.. mengharapkan penjelasan..
Anak Arwah 1: spnjng arwah ni sakit... adik akak ni sehari berpuluh2 kali mintak ampun..
Anak Arwah 3: adik.. mak dah ampun kan adik. mak dah ampun kan adik.. (usap2 pale adik dia)
Anak Bongsu: mak.. mak dah baik. ........ (butir bicara yg aku x dpt nak tangkap)
Anak Bongsu: (........) amin amin amin
Anak Arwah 2: adik doakan mak yee... doakan mak.
Pastu dia pelok kakak dia.. masa ni mmg dia nangis sesungguh hati.. masa tu tuhan je tau, betapa sbnrnya aku rasa cam nak pelok dia..
Makcik Aku: adik, mak dah xde kan??.. nnt adik doakan mak yg baik2 je lagi.. Jaga la adik tu baik2 (smbil pndng kat anak2 arwah tu)
Jenazah arwah ni dpt disempurnakan dgn baik.. aku secara peribadi mengharapkan  si adik akan mendapat perhatian & kasih sayang yg tak berbelah bagi dr ayah & adik bradik nya yg lain.. 
Besar sungguh pengajaran yg aku dapat dr peristiwa ni..
1. aku patut bersyukur, pd saat Dia menjemput ibu aku yg tercinta.. aku sudah boleh berdikari sendiri. aku dijadikan tuhan sempurna sifat & akalnya..
2. kehilangan dan pemergian org yg tersyg pasti boleh difahami oleh sesiapa shj.. wlu org yg cacat akal sekalipun pasti memahami hakikat itu!!
3. wlupun insan istimewa sprti adik bongsu, dia sedar yg, keampunan & keredhaan ibu & bapa adalah kunci kebahagian & ketenangan hidup..
4. jgn lupa mendoakan ibu bapa.. sama ada mereka masih hidup ataupun yg telah tiada..
Memandang pd diri aku yg serba sempurna seandainya dbndingkn dgn adik bongsu... sbnrnya aku lebih ketara kekurangan jika dibandingkan dgn dia..
__________________________________________

Lirik Lagu : Aeman - Buatmu Ibu
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu 

Klu nak nk dgr lagu ni sila klik sini
 
Sumber utk:
p/s: maaflah.. entry aku kali ni, emo sesangat.. fyi, aku still lagi merembes bila tulis entry ni.. nmpknya aku dah dpt reminder letter dr DIA...

Wednesday, June 24, 2009

Dari email: Keistimewaan Bulan Rejab

Hari ini 24 Jun 2009, merupakan hari pertama dalam Bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt,

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab / Isra' Mi'raj ( Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa,

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt,

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat,

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah
permintaannya akan dimakbulkan Allah swt...InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang
siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga,

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah
sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda"Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam
kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Thursday, June 4, 2009

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan!

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah?
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


Tuesday, June 2, 2009

Minuman malt tanpa alkohol di Mihas (Beer Halal?)

Pengunjung Mihas mencuba Istak, minuman bir tanpa alkohol keluaran Arpanoosh di Pameran Halal Antarabangsa 2009 di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya."Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran. Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman. Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara. Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia. Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini." Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya. Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini. Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.
______________________________________

Berdasarkan berita diatas... apa pendapat korang? klu tanya aku trus terang aku x suka. bukan maksud aku mengahalang pelabur2 asing dtg lalu membantu ekonomi kita. klu betul minuman istak ni halal, knp nak packing dan labeling sama cam botol arak. klu tak salah aku (maaf klu aku tersalah, sila betulkan aku klu ade sesiapa yg lebih arif tntg hal ini)
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud:
Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
_____________________________________

Sabda Nabi saw :
"Akan ada dikalangan umatku nanti yang meminum arak tetapi meraka tidak menamakannya sebagai arak. Mereka menamakannya sebagai nama2 yang lain"
Persoalan yg sendiri kena jwb:
1) Sanggupkah kita makan daging ayam yang disembelih, tapi menyerupai babi?
2) Bolehkah kita sambut idul fitri, tapi pakai baju santa claus?
3) Mengapa dipackaging arak halal meyerupai arak haram? Tak terkelirukah kita dengan arak haram?
4) Esok esok budak sekolah minum arak haram pun orang boleh kata itu arak halal...macam mana kita nak buat...dah rupanya lebih kurang...nau'zubillah."

Sumber: Halaqah Net

Blog Widget by LinkWithin