Wednesday, September 16, 2009

Luahan Hati Dia

Kelmarin hari isnin, semalam hari selasa dan hari ini hari rabu. waktu terus beranjak pergi meninggalkan kita. dia pula terpaksa menempuh hari-hari yang sarat dengan bebanan jiwa.. malah hari-hari yang mendatang pun dia rasakan akan terus hambar. dalam hati dia rasa syukur, kerana dia tidak perlu melalui hari yang panjang. kerna setiap hari yang dia lalui, dirasakan begitu cepat berlalu pergi.

images

rutin harian dijalani seperti biasa, tanpa semangat. hanya yang tinggal dalam dirinya adalah rasa kebergantungan terhadap gaji setiap awal bulan. tatkala pulang ke rumah dengan langkah yang layu, dia mengambil tempat dihadapan cermin. membelek wajahnya yang semakin lesu dan kusam. riak wajahnya tidak lagi seceria dahulu. dia terus memandang cermin, serasakan seperti pandangannya mampu menembusi cermin itu. tiba-tiba gambaran wajahnya dicermin itu tersenyum. dan wajah itu terus mencebik, mengejek dirinya.

dia sedar yang dia semakin hilang tujuan. ketika orang disekelilingnya sedang sibuk membuktikan kemampuan & pencapaian dalam hidup. dia sekadar termangu, kaku tanpa riak. padahal, dia ingin sekali berada dalam kelompok itu. dia ingin sekali membuktikan pada sang cermin itu, dia masih punya keinginan untuk berjaya. dia terlalu ingin menjadi orang yang punya kejayaan. dia tidak mahu dilihat sebagai orang yang gagal.

kadangkala dia menjadi iri, bila mendengar khabar kejayaan orang lain. ada ketika pula dia terlalu asyik memerhatikan kebahagian orang lain. menjadikan dia terlupa akan untung nasib dirinya sendiri. namun dia harus diingat kan, yang rezeki dan kebahagiaan itu Maha Kuasa yang mengaturkan. malah rahmat dari Maha Kuasa itu berbeza-beza bagi tiap-tiap ciptaan-Nya.

mungkin kerna selama ini, jalan hidupnya tidak pernah mudah. orang yang diharap memimpin dan menjaga dirinya disepanjang jalanan sukar itu, hanya memerhati dari kejauhan. dia terus teraba-raba, jatuh bangun sendiri demi meneruskan langkahnya agar tiba ke destinasi. pernah dipertengahan jalan itu, ada yang sudi menemani, berjanji demi sebuah ikatan susah & senang bersama. namun janji tinggal janji, dia dibiarkan sepi. kasihan dirinya, bersendirian, terluka & sesat dipertengahan jalan.

dia keletihan, dan tidak mahu mencuba lagi... itulah yang menjadikan hari-harinya terus hambar.. dia tidak mahu bangun dari jatuhnya. dia membiarkan lukanya menjadi busuk dan bernanah walhal dia punya cara untuk merawatnya sendiri.. dia biarkan jiwanya kosong dan terus-terusan melayan kecewanya. "kenapa? kenapa? kenapa?" soal dia berkali-kali..





i said: nothing sucks worse than feeling alone, no matter how many people are around

2 comments:

Razif Radzi said...

huhuhuuhu....sama macam aku la......sbijik.............sikit pon xlari........

Farah Jasni said...

uikkk... camner karya aku leh jadik citer ko lak ni???? hairan bin ajaib!!

Blog Widget by LinkWithin