Sunday, December 12, 2010

Majlis Kenduri Kahwin



Lama sungguh n3 ni terperam dalam draft.. Bkn aku malas taknak post tp sbb broadband signal aku yg tak mengizinkn lnsung utk aku berbuat demikian. Jd harini aku nak share la serba sedikit pasal majlis kenduri aku.. Majlis yang sederhana ni diadakan di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran Pelabuhan Klang pd 1 Ogos 2010. Malas nak citer pnjng tp share gambar je lah.. hahahaha

Tuesday, June 22, 2010

Ketenangan Yang Dicari..

Alhamdulillah selepas 2 bulan lebih menjadi isteri, hidup aku byk terisi dgn ibadah.. Wow!!! Kedengarannya sungguh hebat.. hehehehe Hidup aku bermula seawal subuh.. bgn solat, sediakan sarapan, meguruskan rumahtangga menghantar encik suami ke muka pintu. Hinggala menanti kepulangan encik suami dr kerja setiap petang dan kadang2 malam. Kerja itukan ibadah..Walaupun kadang2 aku risau dgn keadaan ekonomi rumahtangga aku, memandangkan aku masih lagi belum bertemu dgn kerja idaman.. tetapi jiwa aku lebih tenang jika dibanding sewaktu aku masih bujang. Sebab nya? Terlalu byk.. Sehingga aku tak mampu nak nyatakan disini.. Jadi benarlah yg Allah swt janjikan untuk hamba-hambanya yg mendirikan masjid antaranya ketenangan jiwa dan bertambahnya rezeki.. Semoga aku dan encik suami sentiasa diteguhkan iman, diampunkan dosa, diberi kelapangan jiwa, diberi kebahagian dan diperbanyakkan rezeki.. amin ya rabbalalamin..

Sunday, April 25, 2010

Majlis Akad Nikah ..




Alhamdulillah pada 17.04.2010, aku dah selamat jadi isteri kepada Mohd Anuar. Majlis akad nikah berlansung di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 2.30 petang. Jadi aku nak share gambar-gambar disekitar majlis akad nikah ni dijalankan.


Ni gambar lepas akad nikah..













**** Harap Maaf.. Selepas aku cuba berkali2 untuk meng" upload" gambar2 nikah aku, tp tetap gagal.. jd aku post jugak entry ni.. buat rakan yg ada akaun FB sebahagian gambar boleh dilihat di FB aku.

Friday, January 15, 2010

...

Baru ni aku ada beli sebuah buku pasal Luqman Hakim lelaki misteri yang disebut dalam Al-Quran. Buku ni bagus kerana pengarang mengupas satu persatu nasihat & kata-kata hikmah dari Luqman Hakim. Yang paling penting mengenai nasihat Luqman kepada anaknya yang ada disebut dalam Al-Quran dalam Surah Luqman ayat 12-19. Antaranya jgn sesekali menyekutukan Allah swt & berbuat baik kepada ibu bapa.
Masa baca buku ni, tiba2 otak merawang2  pasal doa. Aku terpikir tentang doa yg dikatakan baik & lengkap.  Sbb setiap individu ada doa yg tersendiri. Selain doa harian yg sudah biasa menjadi hafalan kita. Apa yang kita mintak dalam doa kita? Apa yang aku mintak dalam doa aku?? Bersungguh2kah aku dalam meminta kepada Allah? Tiba2 aku rasa, aku belum mintak bersungguh2 lagi, tu sbb DIA tak perkenankan permintaan aku.. atau mungkin itu rahsia DIA..
Aku dah menyimpang jauh lagi.. Doa, Doa, Doa.. Mukmin tanpa doa, ibarat pergi berperang tanpa membawa sebarang senjata malah dengan deria tertutup dan tangan terikat..
Blog Widget by LinkWithin