Wednesday, January 13, 2010

Maaf kan aku ..

Maaf.. Maaf.. Maaf..

Buat rakan-rakan yang merasakan kehilangan aku pada saat kalian memerlukan aku. Pada mereka yang merasakan blog aku lebih sunyi dari Gua Sunyi. Lebih menakutkan dari rumah yang berhantu... Maafkan daku.. Hilang  tanpa khabar di alam maya..
Pada saat ini aku sedang sibuk mengintai peluang kerjaya yang ada. Aku sibuk menghitung setiap sen yang tinggal. Aku sibuk merencana perancangan hidup aku. Kita dah melepasi Tahun Baru Islam 1431, tp aku belum ada misi, visi & objektif untuk tahun ini. Buntu atau tak tau apa yang aku nak.. Mungkin..  Malu untuk mengaku, tapi sejujurnya aku mmg tak tau apa yang aku nak & apa yang aku patut buat..

Apa yang aku patut buat???

Im lost!!!


Ada satu malam aku bermimpi, aku kembali ke zaman sekolah aku.. lebih tepat lagi masa aku di Tingkatan 5. Seronoknya aku rasa, jumpa kawan2 & guru2 yang sangat aku senangi. Aku kembali melalui hidup sebagai pelajar..  Dalam mimpi tu, aku pulang ke rumah bila habis sekolah.. aku jalan kaki laju2 biar cepat sampai rumah. Pada saat aku nampak pintu rumah aku tertutup rapat & bermangga,  aku terus menangis. Aku berdiri je depan rumah tu, aku tak tau nak panggil siapa. Sbb dalam fikiran aku masa tu aku sedar mak aku dah takde & abah aku dah tak tinggal situ.. tp knp kaki aku melangkah balik ke rumah tu pun aku xtau... Bila aku terjaga pagi tu, mata aku bengkak macam aku betul2 menangis malam tu.. Miss my good old days... Maybe?


**Rumah yang aku maksudkan rumah lama yang family aku sewa masa di Pelabuhan Klang.
Rumah kenangan..

I said: Tears keep comin out...dunno what to say..

1 comment:

AiniQMY said...

saye tau rumah tu.. :)
Love you farah,have to take care of yourself...selalu2 update blog, aku dah folo blog ko! :) jadi, harus byk cerita ok! :)

Blog Widget by LinkWithin