Thursday, November 5, 2009

Seronok nya ....

Hari ni bila buka browser terus pegi google.. nak carik tip & hint utk game yg aku tgh main skang.. seronok. Plant Tycoon. seronoknya tang kacuk kan pokok sesuka hati.. hahahaha hasilnya pasti menjadi.. memandangkan secara realiti nya aku tak mungkin berjaya mengacukkan pokok.. tanam pokok pun aku tak pandai.. kalau nak jaga tu insyallah, tp siram je kot.. hahahhaha



 

Cerita pasal google tadi, hari ada gambar Cookie Monster dr Sesame Street.. google letak gmbr Cookie Monster sbb sempena Ulangtahun yg ke-40 SS. i likee cookiee... and i like uuu.. hahahaha dsbbkan masa kecik2 aku tak paham bahasa inggeris jadinya bila dah besar aku baru enjoy tgk SS.. dan entah mengapa aku acapakali jatuh hati Cookie Monster & Elmo kadang dgn Count Von Count.. hahahaha tp Big Bird aku tak suke.. Ernie and Bert okla... Sepanjang hidup aku, aku penah ade bekas pensil Elmo ( masa kat matrik), pensil Cookie Monster ( Sekolah Men), sarung bantal cookie Monster, cadar Elmo, pembaris Elmo.. hahahahaha aku masih lagi boleh senyum klu tgk mereka ni.. xtau knp..




minggu lepas aku dah dapat perfume kesukaan aku.. almost 2 thn aku carik. ni gara2 perfume ni dah xde di pasaran.. tp xper.. yg penting skang ni.. aku dah ade perfume kesukaan aku.. tarik nafassssss ........ mmm wanginya... hahahahahaha

Friday, October 30, 2009

Koleksi Gelas Coca Cola




Selepas aku menerjah 4 buah restoran McD dalam c1 hari, ternyata usaha aku sia-sia.. atas nasihat abg nuar aku, semalam aku merajinkan diri mengajak Fizah ke McD di Masjid Jamek. Saat kaki aku melangkah masuk ke dalam restoran itu, hati aku dah mula berbunga-bunga.. nampaknya aku dah jumpa apa yang aku cari.. Gelas Coca Cola Fresh Lime.. secara rasminya lengkap la koleksi gelas McD aku.. Siap ada extra gelas wana biru dan jernih..
















i said: Say NO to McD for next 2 months

Thursday, October 15, 2009

Komik Sains Ikhtiar Hidup di Kwsn Gunung Berapi



Aku telah mendpatkan siri terbaru Komik Sains Ikhtiar Hidup. Tapi sayang aku belum berkesempatan membelek secara serius komik ini. Terdapat perubahan yang besar terhadap rekaan kulit hadapan & watak didalamnya. Tiada lagi Leo si comel dan aktif kesukaan saya. Tetapi diganti pula dengan watak Dolly (macam nama budak perempuan kan). hihihihi begitu juga dengan watak-watak yang lain.. Terdapat kesalahan ejaan yang sepatutnya Dolly tetapi menjadi Leo, dan kesilapan menjilid dimana terdapat lebih 10 mukasurat berulang.. Dari hasil pembacaan ekspress saya, komik ini masih memberikan kepuasan yang maksimum..



i said: No picture available... again!!!

Monday, October 12, 2009

Kacamata baru saya...




Tajuk macam karangan budak sekolah rendah.. hihihi Jumaat lepas dengan rasminya, kacamata aku yg sumbing mambing dan senget benget ni ditukar dengan yang baru.. Habis terkorek semua simpanan yang ada, nak sangat kanta jenis Transitions.. haaaa rasakan, RM1650.00 melayang.. Yang paling tak seronok kanta aku menjadi semakin tebal, walaupun jenis kanta yang aku pilih dgn indeks yang paling tinggi (1.67) .. ini disebabkan rabun aku yang semakin teruk dr 500 ke 575, silau 200 ke 225 serta pemilihan bingkai yang agak besar.. Tp aku tak dapat merasa pakai bingkai dari jenama terkemuka yang aku idam-idamkan.. huhuhu Mana nak carik duit oiii, bingkai sahaja RM1680.00. Terlungkup la aku!!!! Walaubagaimanapun, aku terasa sungguh gembira...





Blog Widget by LinkWithin