Friday, January 15, 2010

...

Baru ni aku ada beli sebuah buku pasal Luqman Hakim lelaki misteri yang disebut dalam Al-Quran. Buku ni bagus kerana pengarang mengupas satu persatu nasihat & kata-kata hikmah dari Luqman Hakim. Yang paling penting mengenai nasihat Luqman kepada anaknya yang ada disebut dalam Al-Quran dalam Surah Luqman ayat 12-19. Antaranya jgn sesekali menyekutukan Allah swt & berbuat baik kepada ibu bapa.
Masa baca buku ni, tiba2 otak merawang2  pasal doa. Aku terpikir tentang doa yg dikatakan baik & lengkap.  Sbb setiap individu ada doa yg tersendiri. Selain doa harian yg sudah biasa menjadi hafalan kita. Apa yang kita mintak dalam doa kita? Apa yang aku mintak dalam doa aku?? Bersungguh2kah aku dalam meminta kepada Allah? Tiba2 aku rasa, aku belum mintak bersungguh2 lagi, tu sbb DIA tak perkenankan permintaan aku.. atau mungkin itu rahsia DIA..
Aku dah menyimpang jauh lagi.. Doa, Doa, Doa.. Mukmin tanpa doa, ibarat pergi berperang tanpa membawa sebarang senjata malah dengan deria tertutup dan tangan terikat..

1 comment:

fecca said...

selamat pengantin baru!!!


bile nk hapdet blog neh?






huhuhuhuhu~

Blog Widget by LinkWithin