Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Indahnya Malaysia pada hari ini. sebagai generasi muda yg tidak pernah merasa susah payah berjuang bg membebaskan ibu pertiwi kita dari penjajah. aku benar-benar berharap kedatangan Hari Merdeka yang sentiasa dinanti bukan lah kerana cuti umumnya atau promosi jualan hebat di pusat beli belah. tetapi lebih kepada penghayatan dan kesyukuran.. menilik dan menyusur kembali sejarah bagi mencari jati diri kita kembali.. sungguh aku bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia yg indah, kaya & makmur.. malah ingin aku ucapkan jutaan terima kasihku kepada mereka (generasi terdahulu) yang telah berjuang bagi mempertahankan Malaysiaku yang tercinta. marilah kita sama-sama berdoa;


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau lindungilah kami & negara kami dari segala bencana,
kebuluran & kemarau,
serta kau jauhi kami dari peperangan yang boleh membinasakan
bangsa kami,

Ya Allah Ya Tuhanku,
kau selamatkan kami dari tipu daya syaitan & fitnah dari musuh-musuh kami,
Kau suburkanlah tanah-tanah kami,
kau makmurkanlah negara kami,
kau tiupkanlah cinta & kasih sayang sesama kami agar kami sentiasa bersatupadu,
Ya Allah Ya Tuhanku,
kau tempatkanlah roh-roh mereka yang telah berjuang membebaskan & mempertahankan negara kami dikalangan orang-orang yang kau kasihi ...

Amin ..

Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Malaysia


__________________________________________________


Lagu Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Tahun


1 comment:

BuDakHutaN said...

Salam Kemerdekaan :)
salam 1 malaysia
dan selamat bersahur ..ahaks

Blog Widget by LinkWithin