Tuesday, June 2, 2009

Minuman malt tanpa alkohol di Mihas (Beer Halal?)

Pengunjung Mihas mencuba Istak, minuman bir tanpa alkohol keluaran Arpanoosh di Pameran Halal Antarabangsa 2009 di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta. Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya."Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran. Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman. Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara. Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia. Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini." Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya. Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini. Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.
______________________________________

Berdasarkan berita diatas... apa pendapat korang? klu tanya aku trus terang aku x suka. bukan maksud aku mengahalang pelabur2 asing dtg lalu membantu ekonomi kita. klu betul minuman istak ni halal, knp nak packing dan labeling sama cam botol arak. klu tak salah aku (maaf klu aku tersalah, sila betulkan aku klu ade sesiapa yg lebih arif tntg hal ini)
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud:
Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
_____________________________________

Sabda Nabi saw :
"Akan ada dikalangan umatku nanti yang meminum arak tetapi meraka tidak menamakannya sebagai arak. Mereka menamakannya sebagai nama2 yang lain"
Persoalan yg sendiri kena jwb:
1) Sanggupkah kita makan daging ayam yang disembelih, tapi menyerupai babi?
2) Bolehkah kita sambut idul fitri, tapi pakai baju santa claus?
3) Mengapa dipackaging arak halal meyerupai arak haram? Tak terkelirukah kita dengan arak haram?
4) Esok esok budak sekolah minum arak haram pun orang boleh kata itu arak halal...macam mana kita nak buat...dah rupanya lebih kurang...nau'zubillah."

Sumber: Halaqah Net

2 comments:

p'Cu said...

jgn negative sgt... kalau nk rasa jumpa saya....

Samudera said...

p'cu kepala bapak kau

Blog Widget by LinkWithin